Semua blogger mahu blog mereka kelihatan unik berbanding blog lain walaupun tema tetapi malangnya tema yang cantik sangat sering digunakan oleh puluhan blog lain. Dan untuk membuat tema wordpress sendiri memerlukan kemahiran yang tinggi ataupun wang yang banyak untuk mengupah mereka yang pakar. Mulai post ini, nazrien.com akan menulis beberapa siri post teknik paling asas untuk mengubahsuai theme wordpress anda. Diulangi tips paling asas.

Setelah berbincang di fan page nazrien.com, tema cute critters akan digunakan untuk diubahsuai. Tema cute critters boleh didapatkan di sini. Tema ini dipilih kerana tema ini sangat mudah untuk diubahsuai menjadi lebih menarik dan unik. Berikut adalah rupa asal tema tersebut.

Theme cute critters yang kacak
Theme cute critters yang kacak

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun terlebih dahulu tema berkenaan dan sila unzip tema tersebut. Untuk tips yang paling asas, kita mulakan dengan mengubah image yang terdapat pada tema terlebih dahulu. Perkara yang paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan mengubahsuai gambar tanpa mengubah nama dan size file tersebut. Contohnya dalam folder cute critters terdapat folder image yang terkandung pelbagai image yang digunakan untuk tema tersebut.

Image folder
Image folder

Untuk post kali ini kita akan mengubahsuai gambar utama dalam tema cute critters iaitu illustrasi yang terdapat di latarbelakang tema tersebut; body-bg.jpg.

Edit body-bg.jpg
Edit body-bg.jpg

Sila edit sesuka hati gambar tersebut tetapi sila pastikan bahagian header yang berwarna hitam itu dan body yang berwarna putih itu dikekalkan. Selepas diubahsuai, sila pastikan gambar tersebut juga dinamakan sebagai body-bg.jpg dan sila gantikan gambar yang asal tadi. Dan sila jangan ubah warna biru pada latar belakang itu. Kerana ia akan mencacatkan tema anda. Post yang akan datang akan mengajar tentang bagaimana mengubah warna-warna yang terdapat pada tema. Upload semula theme berkenaan dan anda akan lihat perubahan yang berlaku.

Edit theme wordpress
body-bg.jpg yang telah diubah

Berikut adalah contoh tema cute critters yang telah diubahsuai sedikit dibahagian body-bg.jpg. Cara yang sama juga boleh digunakan pada tema-tema wordpress lain kegemaran anda, cuma pastikan nama gambar yang diubah itu sama seperti gambar asal.

tema yang telah diubah sedikit
tema yang telah diubah sedikit

Sila ikuti post yang akan datang untuk mengubah warna-warna yang terdapat pada tema wordpress. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibahagian komen atau kita boleh berbincang dengan panjang lebar di fan page nazrien.com

No related content found.