Tips Paling Asas Untuk Mengubahsuai Tema WordPress

Semua blogger mahu blog mereka kelihatan unik berbanding blog lain walaupun tema tetapi malangnya tema yang cantik sangat sering digunakan oleh puluhan blog lain. Dan untuk membuat tema wordpress sendiri memerlukan kemahiran yang tinggi ataupun wang yang banyak untuk mengupah mereka yang pakar. Mulai post ini, nazrien.com akan menulis beberapa siri post teknik paling asas untuk mengubahsuai theme wordpress anda. Diulangi tips paling asas.

Setelah berbincang di fan page nazrien.com, tema cute critters akan digunakan untuk diubahsuai. Tema cute critters boleh didapatkan di sini. Tema ini dipilih kerana tema ini sangat mudah untuk diubahsuai menjadi lebih menarik dan unik. Berikut adalah rupa asal tema tersebut.

Theme cute critters yang kacak

Theme cute critters yang kacak

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun terlebih dahulu tema berkenaan dan sila unzip tema tersebut. Untuk tips yang paling asas, kita mulakan dengan mengubah image yang terdapat pada tema terlebih dahulu. Perkara yang paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan mengubahsuai gambar tanpa mengubah nama dan size file tersebut. Contohnya dalam folder cute critters terdapat folder image yang terkandung pelbagai image yang digunakan untuk tema tersebut.

Image folder

Image folder

Untuk post kali ini kita akan mengubahsuai gambar utama dalam tema cute critters iaitu illustrasi yang terdapat di latarbelakang tema tersebut; body-bg.jpg.

Edit body-bg.jpg

Edit body-bg.jpg

Sila edit sesuka hati gambar tersebut tetapi sila pastikan bahagian header yang berwarna hitam itu dan body yang berwarna putih itu dikekalkan. Selepas diubahsuai, sila pastikan gambar tersebut juga dinamakan sebagai body-bg.jpg dan sila gantikan gambar yang asal tadi. Dan sila jangan ubah warna biru pada latar belakang itu. Kerana ia akan mencacatkan tema anda. Post yang akan datang akan mengajar tentang bagaimana mengubah warna-warna yang terdapat pada tema. Upload semula theme berkenaan dan anda akan lihat perubahan yang berlaku.

Edit theme wordpress

body-bg.jpg yang telah diubah

Berikut adalah contoh tema cute critters yang telah diubahsuai sedikit dibahagian body-bg.jpg. Cara yang sama juga boleh digunakan pada tema-tema wordpress lain kegemaran anda, cuma pastikan nama gambar yang diubah itu sama seperti gambar asal.

tema yang telah diubah sedikit

tema yang telah diubah sedikit

Sila ikuti post yang akan datang untuk mengubah warna-warna yang terdapat pada tema wordpress. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibahagian komen atau kita boleh berbincang dengan panjang lebar di fan page nazrien.com

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

38 Comments

  1. mknace says:

    betul betul betul..
    selalunya saya pun ubah header jer

    Reply

  2. luth textile says:

    sama la kita.. header blog la paling senang nk ubah..

    Reply

  3. JAI says:

    TIPS menarik tapi gua pakai blogspot bro..hebat

    Reply

  4. HURULAINI says:

    hohoho….tips permulaan yg bagus…menanti yg seterusnya :)

    Reply

  5. xun says:

    huhu. bagus-bagus :)
    tambah keyword header jugak untuk post ni, baru orang senang nak cari :P

    Reply

  6. hydir says:

    tak ajar lak camna nak edit pic tu .. hoho

    Reply

    nazrien Reply:

    tu nanti kita bincang adik beradik dekat facebook page.. hohoho

    Reply

  7. mohdisa says:

    hoho…tema yg aku minta sudah mucul…cuma aku tak pandai nak ubah latar belakang dia cam ko…cam mana nak wat tu?

    Reply

    nazrien Reply:

    tu nanti kita bincang adik beradik dekat page facebook.. hohoho

    Reply

    mohdisa Reply:

    hehe…ok abg…erk…adik beradik la plak…haha

    Reply

  8. hoho, nak mantap download laa dulu premium themes secara FREE.. pastue ubah suai.. haha, premium themes biasanye lebih senang nak edit2..

    Reply

  9. wa.. hebat2.. bro nazrien, bleh x buat post pasal nak secure blog wp dalam bahasa melayu.. refer la blog sye yang bahasa inggeris tuh

    http://goo.gl/WbPk

    Reply

  10. btol2. edit premium theme mmg masyuk. sampai belog impian akoo da tersadai hampir sebulan.

    hehe. ptt topo nie ajar cane nak bermain photoshop gak :)
    dan kurangkan promo belog baru. lebihkan suspen okei.

    ps: jom usha belog awek cun kat GB topo!

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoho itu pengenalan watak utama je tu.. ko sorang je yang perasan..

    Reply

  11. lazaac says:

    ada theme yg senang… ada theme yg susah… yg pasti framework nyer sama jer… WP… xlari jauh.. tul tak bro..

    Reply

    nazrien Reply:

    ya tepat sekali.. kalau dah tau tips sikit dah senang dah..

    Reply

  12. peanut says:

    cisdel.com ? wujudkahh ?

    Reply

    nazrien Reply:

    hehehehe try la tengok..

    Reply

    peanut Reply:

    ni ke blog ke tiga yang dimaksudkan itu ? wahh cisdel sungguh :D

    Reply

  13. cyberfly says:

    hohoho lepasni buat tut untuk css repeat background lak. sbb tak byk themes guna fix background.

    Reply

  14. wahh. rajin mengubah theme nampak..

    Reply

  15. zik says:

    aku tak pandai nak tukar2 theme…erm nak mencuba gak nie

    Reply

  16. dewishuwa says:

    bro, kalo kt wordpress, kita x de domain,
    bole ke change theme sendiri?
    kalo blogger leh la.. kn? kn? kn?

    Reply

    nazrien Reply:

    untuk wordpress.com tak boleh

    Reply

  17. syamil says:

    bang naz…
    xleh dlod la theme tu,
    camne ni???

    Reply

  18. Ikram Hakimi says:

    ni ada potensi tergantung rumput neh, ekekeke

    Reply

    nazrien Reply:

    memang tergantung pon.. hohoho

    Reply

  19. Anarm says:

    buat la tutorial yg susah2 sikit.. senang sgt ni.. keh3

    Reply

    nazrien Reply:

    ko dah pro beb.. memang la.. hohoho

    Reply

    Anarm Reply:

    aku sarankan guna Firebug (addons firefox) utk mudahkan lagi keje2 edit theme.. dan dpt belajar tentang coding2.. :D

    Reply

  20. saye x blh nak download cute critters la………

    Reply

  21. farhan says:

    kira tukar belakang je la kan?

    Reply

  22. ayong.qiela says:

    thanx nazrien! :D

    love2! info yg sgt berguna! :D

    Reply

  23. [...] Sejak dua menjak ni ramai pulak yang YM aku tanya macam mana nak edit theme WordPress. Setakat seorang dua tu boleh lagi la nak layan. Kalau lebih… Sebab tu sekarang ni aku dah jarang online di YM. Sebarang pertanyaan boleh kemukakan di #formspringbuatansendiri Twitter ye. Huhu.. Ni nak bagitau korang. Sebenarnya bukan susah sangat pon nak edit theme. Tak kisah la nak edit theme wordpress ke, theme blogspot ke. Yang penting korang kena ada basic (coding+image editing) dan tau struktur asas sesebuah theme sama ada untuk wordpress, blogspot, joomla, dan sebagainya. Tips yang paling asas a.k.a basic untuk korang edit theme WordPress, korang boleh rujuk di blog Nazrien.com. [...]

  24. aizuddin says:

    theme chokilala kena rembat..hehe

    Reply

  25. Faris says:

    Saya baru je nak belajar sikit nak modified theme ni supaya menjadi lebih kacak…CSS + HTML ni saya blur lagi dan masih tak paham…saya harap nazrien sudi ringankan beban saya

    Reply

Leave a Reply