Gravatar atau Globally Recognized Avatar boleh digunakan untuk memaparkan avatar unik anda pada setiap blog atau laman web yang diintegrasi bersama gravatar. Dengan cara itu, komen anda akan kelihatan unik berbanding komen daripada rakan-rakan yang lain. Terdapat banyak blog yang menggunakan gravatar bagi memaparkan wajah kacak si penulis komen termasuklah nazrien.com sendiri.

Dengan mendaftar di gravatar, anda boleh mendapatkan avatar unik yang boleh digunakan bagi setiap komen yang anda tulis bagi kebanyakkan blog wordpress. Berikut adalah perbezaan pemberi komen yang mendaftar di gravtar dan yang tidak mendaftar.

komen tanpa gravatar
komen tanpa gravatar
komen dengan gravatar
komen dengan gravatar

Terbukti komen yang mempunyai gravatar lebih menarik perhatian bukan? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar di laman web gravatar.com dan seterusnya memasukkan avatar unik anda. Selepas itu setiap komen yang menggunakan email yang telah didaftarkan akan terpampang wajah anda yang kacak seperti di bahagian komen blog ini.

Kebanyakkan tema wordpress sudah diintegrasikan bersama gravatar agar anda tidak perlu bersusah payah. Tetapi bagi yang tiada, plugin wp-gravatar dapat membantu anda. Dengan memasang plugin itu, anda juga boleh memaparkan wajah kacak pemberi komen di blog anda.

Malangnya blogspot masih lagi tidak boleh digunakan bersama gravatar. Tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa tidak lama lagi wajah kacak gravatar juga boleh dipaparkan di blogspot. Jadi tunggu apa lagi? Marilah memaparkan wajah kacak anda dengan menggunakan gravatar.