Serlahkan Komen Anda Dengan Gravatar yang Unik

Gravatar atau Globally Recognized Avatar boleh digunakan untuk memaparkan avatar unik anda pada setiap blog atau laman web yang diintegrasi bersama gravatar. Dengan cara itu, komen anda akan kelihatan unik berbanding komen daripada rakan-rakan yang lain. Terdapat banyak blog yang menggunakan gravatar bagi memaparkan wajah kacak si penulis komen termasuklah nazrien.com sendiri.

Dengan mendaftar di gravatar, anda boleh mendapatkan avatar unik yang boleh digunakan bagi setiap komen yang anda tulis bagi kebanyakkan blog wordpress. Berikut adalah perbezaan pemberi komen yang mendaftar di gravtar dan yang tidak mendaftar.

komen tanpa gravatar

komen tanpa gravatar

komen dengan gravatar

komen dengan gravatar

Terbukti komen yang mempunyai gravatar lebih menarik perhatian bukan? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar di laman web gravatar.com dan seterusnya memasukkan avatar unik anda. Selepas itu setiap komen yang menggunakan email yang telah didaftarkan akan terpampang wajah anda yang kacak seperti di bahagian komen blog ini.

Kebanyakkan tema wordpress sudah diintegrasikan bersama gravatar agar anda tidak perlu bersusah payah. Tetapi bagi yang tiada, plugin wp-gravatar dapat membantu anda. Dengan memasang plugin itu, anda juga boleh memaparkan wajah kacak pemberi komen di blog anda.

Malangnya blogspot masih lagi tidak boleh digunakan bersama gravatar. Tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa tidak lama lagi wajah kacak gravatar juga boleh dipaparkan di blogspot. Jadi tunggu apa lagi? Marilah memaparkan wajah kacak anda dengan menggunakan gravatar.

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

33 Comments

  1. nono says:

    setuju. xla dull..

    Reply

  2. imran says:

    saya sudah pasang, anda yang lain bila lagi? :D

    Reply

  3. menteil says:

    haha… aku baru je tukar semalam.. comel tak? :P

    Reply

    nazrien Reply:

    hahah memang comel gravatar ko.. sangat tak bleh blah..

    Reply

  4. Mohd Nasri says:

    blogspot ada cme bkn gravatar..
    avatar akn display klau login gne akaun blogger..hehe

    Reply

    nazrien Reply:

    tu la psal.. dah la aku selalu komen tinggalkan link aje.. memang tak keluar la gambar tu..

    Reply

  5. Azah says:

    kacakla gravatar topo…

    Reply

    nazrien Reply:

    hehehe makaseh.. :>

    Reply

  6. zik says:

    Gvatar…mengingatkan aku cerita avatar.. haish apa apa aku nie…

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoh kuat jugak penangan cerita avatar tu ye.. hohoho

    Reply

  7. khairil says:

    theme blog aku x support plugin WP-Gravatar, aku guna plugin Easy Gravatars je boleh

    Reply

    nazrien Reply:

    pelik gak aku.. sebab aku pon pernah guna gak theme tu beramai-ramai suatu ketika dahulu.. tapi ok la dah ada easy gravatar.. sebenarnya nak activate gravatar guna coding ringkas je pon boleh.. hohoho

    Reply

  8. Luth Textile says:

    lepas ni nak tukar gravatar yang cun – cun la.. hihii

    Reply

    nazrien Reply:

    haha pakai la avatar yang seksi-seksi…

    Reply

  9. kuyam says:

    gravatar itu leh menampakkan kecomelan empunya blog
    harus cuba!
    hehehe

    Reply

    nazrien Reply:

    silah la cuba tanpa was-was.. hohoho

    Reply

  10. nak comel lagi buat laa cam menteil.. amik gambar pompuan kiut.. gerenti ramai org klik.. HAHA!

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoho gambar aku dah cukup kacak rasanya.. pasti ramai yang tertawan..hahaha :)

    Reply

    menteil Reply:

    jangan ditiru aksi itu.. untuk mereka yang gilakan trafik sahaja.. haha…

    Reply

  11. hydir says:

    aku punya gravatar n mangatar ok tak .. hoho

    Reply

  12. Dr House says:

    Guna gravatar memang cun. Tapi aku xnak letak gambar sendiri.

    Reply

  13. mohdisa says:

    hoho, gravatar juga memainkan peranan penting dalam penjenamaan. klu org nampak je gravatar kita, pasti dah kenal. ini dari mana. betul tak topo?

    Reply

  14. hadjie says:

    Saya daftar pada gravatar. Kalau komen pun pakai email yang sama. Tapi kadang-kadang tak keluar gambar tu bila komen pada blog orang lain. Tak tahulah mana silapnya. Kat sini pun tak keluar.

    Reply

  15. Wan Perlis says:

    gravatar juga memudahkan orang lain mengingati kita.
    picture kecik tu amat penting.
    blogspot tolonglah available kan gravatar ni

    Reply

  16. Rara says:

    Rara dah activate plugin ni, tapi dekat comments tu, takda gravatar commentator pun. Kalau reply je ada gravatar. Kenapa eh?

    Reply

    nazrien Reply:

    pi kat setting page gravatar.. then tick Use Gravatars with your comments.

    Reply

    Rara Reply:

    Yayyyy dah jadiiiii! Thankyou topo! Eh oppss, Nazrien :P

    Reply

    nazrien Reply:

    then.. ko buang

    <?php if(function_exists("get_avatar")) echo get_avatar( $comment, 32 ); ?>

    dekat setting wp-thread comment utk buang gravatar kecik kat reply comment

  17. Rara says:

    Dah. Hihi. Thanks. Tapi dekat sidebar recent comment tu memang ada gravatar jugak ke? Kalau nak buang boleh?

    Reply

    nazrien Reply:

    tukar dgan widget display recent comment with gravatar.. nanti kuar yg kecik sikit smart sikit..

    Reply

  18. tQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

Leave a Reply