Pada masa kini semakin ramai yang memilih untuk membeli domain sendiri dan bukannya menggunakan blogspot lagi. Mungkin kerana harga domain telah menjadi lebih murah dan juga tawaran-tawaran menarik yang diadakan oleh penyedia domain pada masa kini. Walaupun begitu, pemilihan nama domain bukanlah sesuatu yang mudah. Agak memeningkan kepala juga untuk memilih nama domain yang sesuai dan berbaloi untuk dilaburkan. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih nama domain yang sesuai bagi blog anda.

1. Tetapkan tujuan domain itu dibeli. Perkara pertama yang paling penting adalah kenapa nama domain itu dibeli? Adakah bertujuan untuk blog peribadi? Atau blog yang mempunyai niche yang spesifik? Setelah menetapkan tujuan domain itu dibeli, adalah lebih mudah untuk memilih nama domain. Contohnya sekiranya sekiranya domain itu dibeli untuk blog jualan shawl atau dress, pasti tidak sesuai untuk menggunakan nama domain seperti “nagaberapi.com” bukan?

2. Nama domain yang ringkas dan mudah untuk diingati. Pastikan anda memilih nama domain yang ringkas dan mudah untuk diingati agar lebih mudah untuk peminat datang ke blog anda. Nama domain yang panjang akan menyukarkan pelawat bukan sahaja untuk mengingatinya malah mungkin akan membebankan pelawat untuk menaip nama domain berkenaan. Contohnya antara domain “kisahpengembaraantopoyangkacak.com” dan domain “kembaratopo.com” yang mana lebih memudahkan anda?

3. Elakkan penggunaan nombor atau simbol pada nama domain. Mungkin sudah menjadi trend masa kini untuk meletakkan nombor 1 pada nama domain ekoran daripada kempen gagasan 1Malaysia yang semakin giat. Tetapi pada pendapat anda, jika pertama kali anda mendengar nama domain 1Malaysia.com pasti anda akan tertanya-tanya sama ada domain itu ditulis “1malaysia.com” atau “satumalaysia.com”. Hal ini akan merugikan pemilik domain berkenaan jika pelawat tersalah taip alamat mereka. Contoh lain adalah seperti “domain4u.com” mungkinkah ia dieja “domainforu.com” atau mungkin juga “domainforyou.com”.

Satu lagi contoh penggunaan nombor yang tidak baik pada nama domain iaitu meletakkan “0” {sifar} untuk menggantikan huruf “O”. contohnya “gadisc0mel.com”. Atau menggantikan “a” kepada nombor “4” untuk kelihatan fancy. Ia bukan sahaja akan meneglirukan pelawat, tetapi juga akan merugikan pemilik blog berkenaan dari aspek trafik dari enjin carian. Pada pendapat anda, ada ke orang yang akan cari kayword “gadis c0mel” di google? Pasti mereka akan mencari perkataan “gadis comel”.

4) Ejaan nama domain. Selain daripada ejaan fancy yang boleh mengelirukan pelawat, ejaan yang biasa juga boleh mengelirukan juga jika tidak diperhatikan dengan betul. Contohnya domain “Merahitam.com” mungkin akan terkeliru dengan domain “MerahHitam.com”.

5) Jangan terburu-buru dan jangan berlengah-lengah. Nama domain boleh diibaratkan seperti seorang gadis yang cantik. Jika anda tidak berhati-hati, mungkin anda akan trsalah pilih pisau cukur yang memudaratkan anda. Dan sekiranya anda terlalu berlengah-lengah, pasti akan ada jejaka kacak lain yang mendampingi gadis cantik berkenaan.

Tetapi sekiranya perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan, sila pastikan anda membuat promosi besar-besaran untuk memperkenalkan nama domain anda.

Akhir sekali sebagai satu peringatan ketika mahu membeli nama domain. Pastikan nama domain berkenaan bukanlah perkataan yang mempunyai copyright atau trademark yang telah didaftarkan. Takut nanti anda akan dikenakan tindakan undang-undang kerana menggunakan copyright dan trademark syarikat lain. Melainkan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan nama berkenaan.Akhir kata, selamat memiliki domain idaman sendiri.

p/s: Nazrien.com kini di facebook. Sila ikuti fan page nazrien.com untuk berinteraksi dengan lebih lanjut dan lebih santai bersama nazrien dan pembaca-pembaca yang lain πŸ˜€