Serlahkan Blog Dengan Favicon yang Unik

Banyak perkara yang boleh dilakukan agar blog kelihatan cantik dan unik berbanding blog-blog yang lain. Contohnya dengan memasang favicon di blog masing-masing. Dengan memasang favicon, blog akan kelihatan lebih unik dan menjadi satu trademark agar mudah dikenali oleh para pelawat dan rakan-rakan. Apa itu favicon dan bagaimana untuk memasangnya di blog?

Favicon adalah icon kecil yang diletakkan bersebelahan dengan URL blog anda. Ia digunakan untuk memberi identiti kepada sesebuah laman web atau blog.

favicon di nazrien.com

favicon di nazrien.com

Secara default, blog yang menggunakan blogspot akan kelihatan favicon blogger yang berbentuk B di blog masing-masing. untuk menukar favicon tersebut, edit template anda sila masukkan coding ini sebelum </head>

sila hostkan favicon anda terlebih dahulu di photobucket dan sebagainya.

Untuk pengguna WordPress berhosting sendiri, terdapat 1 plugin yang sangat membantu untuk memaparkan favicon di blog anda iaitu MaxBlog Favicon pasangkan plugin berkenaan dan dengan mudah anda boleh memilih favicon kegemaran anda.

Berikut adalah beberapa sumber untuk mendapatkan favicon yang cantik dan menarik.

Atau anda juga boleh mereka sendiri favicon kegemaran anda, sila pastikan favicon anda bersaiz 16×16 dan kepada pengguna blogspot sila hostkan terlebih dahulu favicon anda.

*Untuk pengguna wordpress.com kami tidak pasti samada boleh atau tidak untuk memasang favicon sendiri

Tags: , ,
Comment (RSS)  |  Trackback

35 Comments

  1. shandye says:

    16×16 ape; pixel/mm/inches?

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoh 16x16px terlupa plak..

    Reply

    Mr.Bintang Reply:

    16inci x 16inci
    hahahaha.. besar giler..

    Reply

    nazrien Reply:

    hehehe try la… baru nampak dengan lebih jelas.. 10 batu dah nampak weh.. :D

    Mr. Cuz Reply:

    gila besar bro..ko nak buat papan tanda kedai makan ke apa tu??wakaka

  2. Akuro San says:

    yes. MaxBlog Favicon is the best! :)

    Reply

    Mus Reply:

    aku sokong!!

    Reply

  3. Kujie says:

    dari dulu mmg tak pernah pasang..entah kenapa
    sbb tak cukup cool ke…:p

    jarang nk mandang kt toolbar kot :p

    Reply

    nazrien Reply:

    yang best kalau pakai maxblog favicon ni.. dekat kujielist boleh keluar favicon dekat list sebelah url..hohoho

    Reply

    denaihati Reply:

    kak jie dah famous tak pakai pun tak apa kan kan kan

    Reply

  4. 1tomyam says:

    memang comey favicon bro…steady

    Reply

  5. Melz says:

    32×32 still leh masuk dalam favicon :) hehe

    Reply

    nazrien Reply:

    saiz tu tak kisah.. berapa besar pon.. but then nanti dia akan kecikkan jugak..

    Reply

  6. Pisyek says:

    minta komen dari rakan blogger, favicon pisyek smart x?

    hehe…

    Reply

  7. yang sodap ngan MBP favicon nie, bukan stakat index page jer ader favicon, dalam dashboard pown ader jugak.. btol x bro topo?

    Reply

    nazrien Reply:

    bukan setakat dekat dashboard je.. hohoh kalau ada blog yg letak link ko kat sidebar pon keluar favicon beb..

    Reply

  8. x-po says:

    mmg smart kalau pakai favicon bkn popcorn..ekekeh

    Reply

  9. blinkky says:

    Ada yang free rupanya favicon ni…Nanti nak check =)

    Reply

  10. mohdisa says:

    untuk pengguna wordpress.com tak silap aku just upload profile image atau icon untuk blog tersebut cam mohdisa.wordpress.com

    bg pengguna self host plak, kena pandai main ng plugin. kadang2 theme tak serasi dengan plugin yg dinyatakan. hehe

    Reply

  11. azizan4444 says:

    caye la..menarik tu,,

    Reply

  12. heeheee.. aku pun penah design favicon sendrik, last2 tak kuar.. tension punye pasal, aku download jer themes2 yang dah ader faviccon… haha!

    Reply

  13. chokilala says:

    aku guna MBP Favicon. memang terbaik. sebenarnya pakai bukan sebab untuk favicon di blog, tapi lebih kepada favicon dalam blog list dekat blog orang lain. biasa pengguna blogspot kan link blog kita di blog dorang, so kalau favicon lain sikit, lagi menonjol la. sebab kalau blog blogspot, keluar yang B kaler oren tu je tapi blog aku keluar kepala arnab. kahkah

    Reply

    nazrien Reply:

    ya.. tepat sekali. kalau tak aku pon tak hingin nak pasang itu plugin..

    Reply

  14. hydir says:

    maxblog .. nasib baik ko bagitahu
    hohoh

    Reply

  15. denaihati says:

    Bestkan bila ada favicon ni…lain macam je rasanya

    Reply

    nazrien Reply:

    rasa macam kita sangat unik berbanding yang lain.. hoho

    Reply

  16. rahim says:

    saya menggunakan wordpress,tp masih x faham nak dapatkn favicon untuk blog saye *newbies

    Reply

    nazrien Reply:

    sebab ko punya tu blog under blog-malaysia.. urm nnt aku try bncang dengan Dr.Bu camne..

    Reply

  17. MrsNor says:

    salam nazrien
    dah berkali try buat tapi tak berjaya ..ia akan kuar msg ni bila nak save “Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure all XML elements are closed properly.
    XML error message: Open quote is expected for attribute “{1}” associated with an element type “rel”.

    puas dah dok godek godek tapi hampa kuciwa ….
    apa sila tu???

    Reply

  18. aizuddin says:

    patut lah aku pelik..aku guna plugin lain dia tak kuar kat blogger..huhu..btw..thnx

    Reply

  19. online says:

    Terima kasih untuk blog yang menarik

    Reply

  20. farah says:

    tenkiu..baru ade favicon kt blog caye..huhuhuh

    Reply

  21. MariaMira says:

    ok da berjaya ahaha…tq

    Reply

  22. lieyan says:

    thanks..akhirnya saya berjaya setelah beberapa kali cubaan dari beberapa blog yang dirujuk.. thanks to you writing..

    Reply

Leave a Reply