Jika post sebelum ini bercerita tentang kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan ketika menulis komen, post kali ini adalah tips bagaimana untuk meningkatkan komen di setiap post. Setiap penulis blog pasti gembira bila post yang ditulis mendapat respon yang bernas daripada pembaca. Ia ibarat satu tanda terima kasih setelah penat menulis. Tapi, bagaimana untuk menarik perhatian pembaca dan kemudian memberi komen setelah membacanya?

1) Letakkan point atau fakta yang paling menarik di awal post. Dengan cara ini, bukan sahaja menarik minat pembaca untuk menulis komen. Malahan juga menjadi satu daya penarik untuk terus membaca post yang telah ditulis itu hingga ke penghujungnya.

2) Letakkan point atau fakta kedua yang paling menarik di akhir post. Ini bertujuan agar post berkenaan masih lagi menjadi post yang menarik setelah pembaca penat membacanya. Ia juga bertidak sebagai pemangkin supaya pembaca akan terus tertarik dengan post berkenaan dan mahukan lebih lagi.

3) Tuliskan perkara yang anda minat dan pakar. Katakanlah seseoang itu menulis seperti ini: ” Saya bukan peminat badminton, tetapi hari ini saya ingin memberi pendapat tentang kemenangan Lee Chong Wei pada Terbuka Malaysia tempoh hari.” Jujurnya, anda sebagai pembaca adakah anda berminat untuk membaca ulasan panjang lebar daripada seseorang yang tiada minat langsung terhadap perkara yang ditulisnya?

4) Gunakan tajuk post yang menarik. Terdapat segelintir blogger yang sering menulis post tanpa tajuk. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada blogger berkenaan kerana tajuk yang mantap mampu untuk menarik pembaca dan juga memberi komen diakhirnya. Tetapi ingat, jangan menipu tajuk post!. Post entah apa-apa tapi tajuk yang digunakan meengandungi ayat-ayat yang panas. Perkara ini mungkin akan membuatkan pembaca tidak mahu lagi melawat ke blog anda.

5) Balas komen daripada pembaca dengan mengajukan soalan lain. Dengan cara ini, bukan sahaja komen di blog anda akan meningkat malahan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan pembaca.

6) Bertanya soalan diakhir post. Satu lagi cara untuk mendapatkan komen adalah dengan mengajukan soalan diakhir post supaya pembaca dapat memberi respon yang bernas di bahagian komen nanti. Ini juga merupakan salah satu cara interaksi yang berkesan dengan para pembaca di blog anda.

Mahukan lebih banyak tips untuk menjadi kacak di alam maya? Sila langgani RSS nazrien.com. Terdapat sebarang kemusykilan tentang blog? Sila ke ruangan contact untuk menghubungi penulis nazrien.com