6 Tips Untuk Meningkatkan Komen di Blog

Jika post sebelum ini bercerita tentang kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan ketika menulis komen, post kali ini adalah tips bagaimana untuk meningkatkan komen di setiap post. Setiap penulis blog pasti gembira bila post yang ditulis mendapat respon yang bernas daripada pembaca. Ia ibarat satu tanda terima kasih setelah penat menulis. Tapi, bagaimana untuk menarik perhatian pembaca dan kemudian memberi komen setelah membacanya?

1) Letakkan point atau fakta yang paling menarik di awal post. Dengan cara ini, bukan sahaja menarik minat pembaca untuk menulis komen. Malahan juga menjadi satu daya penarik untuk terus membaca post yang telah ditulis itu hingga ke penghujungnya.

2) Letakkan point atau fakta kedua yang paling menarik di akhir post. Ini bertujuan agar post berkenaan masih lagi menjadi post yang menarik setelah pembaca penat membacanya. Ia juga bertidak sebagai pemangkin supaya pembaca akan terus tertarik dengan post berkenaan dan mahukan lebih lagi.

3) Tuliskan perkara yang anda minat dan pakar. Katakanlah seseoang itu menulis seperti ini: ” Saya bukan peminat badminton, tetapi hari ini saya ingin memberi pendapat tentang kemenangan Lee Chong Wei pada Terbuka Malaysia tempoh hari.” Jujurnya, anda sebagai pembaca adakah anda berminat untuk membaca ulasan panjang lebar daripada seseorang yang tiada minat langsung terhadap perkara yang ditulisnya?

4) Gunakan tajuk post yang menarik. Terdapat segelintir blogger yang sering menulis post tanpa tajuk. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada blogger berkenaan kerana tajuk yang mantap mampu untuk menarik pembaca dan juga memberi komen diakhirnya. Tetapi ingat, jangan menipu tajuk post!. Post entah apa-apa tapi tajuk yang digunakan meengandungi ayat-ayat yang panas. Perkara ini mungkin akan membuatkan pembaca tidak mahu lagi melawat ke blog anda.

5) Balas komen daripada pembaca dengan mengajukan soalan lain. Dengan cara ini, bukan sahaja komen di blog anda akan meningkat malahan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan pembaca.

6) Bertanya soalan diakhir post. Satu lagi cara untuk mendapatkan komen adalah dengan mengajukan soalan diakhir post supaya pembaca dapat memberi respon yang bernas di bahagian komen nanti. Ini juga merupakan salah satu cara interaksi yang berkesan dengan para pembaca di blog anda.

Mahukan lebih banyak tips untuk menjadi kacak di alam maya? Sila langgani RSS nazrien.com. Terdapat sebarang kemusykilan tentang blog? Sila ke ruangan contact untuk menghubungi penulis nazrien.com

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

52 Comments

  1. cik yan says:

    bagus tips ni utk budak baru belajar cm saya ni.. (^.^)v

    Reply

  2. Azharramli says:

    Good tips..akanku ikuti..thanks

    Reply

  3. Kujie says:

    encik nazrien yang kacak – masalah kak jie tak sempat nak reply komen pengunjung sampai aktiviti blogwalking pun makin berkurang
    adakah waktu yang sesuai untuk kak jie bersara?

    p/s – tips supaya tuan blog reply komen…hahaha

    Reply

    nazrien Reply:

    kak jie bagi je la blog kak jie tu pada saya biar saya yg reply.. hahahaha

    Reply

  4. hydir says:

    ya .. tapi kalo ada banyak point yang menarik bagaimana pula?
    perlu ke buat sampai dua tiga siri post utk pembaca?

    Reply

    nazrien Reply:

    rasanya itu lebih baik.. biar pembaca ternanti-nanti dan akan terus datang pada blog saudara.. hoho

    Reply

  5. HURULAINI says:

    aku skarang pun xda masa dah nak jaga blog (komen byk giler x terreply)….hahaha….kak jie, adakah saya juga patut bersara?

    p/s: tips supaya pembaca lain reply komen…ngeh ngeh ngeh :D

    Reply

    Kujie Reply:

    kejanggalan perkataan ‘terreply’

    macam perbuatan tidak sengaja :p

    Reply

  6. Md Nasir says:

    Thanks bro..tips mmg berguna untuk blogger x kiralah yang lama atau yag baru..

    Reply

  7. MrsNor says:

    salam en nazrin
    dari semua tips tu sy perati ada juga sy masukkan dlm post sy utk tarik ramai tinggal komen.. tp biasalah ramai yg jenguk tanpa ringan tangan nak menulis komen … berat kot…

    org kata kalau kita rajin komen kat entry org lain, org pun akan komen kat entry kita. Selalu jg sy buat gitu tapi tak ada pula org tu dtg komen kat entry saya huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    Reply

    nazrien Reply:

    nama saya nazrien.. bukan nazrin.. hehehe

    Reply

  8. nadia says:

    wah…nice info….

    Reply

    nazrien Reply:

    jemput la langgani rss blog ini.. nescaya banyak lagi info di masa depan..

    Reply

  9. salam encik nazrien.. sepanjang sye ikuti blog nie, banyak jugak info yang sye dapat.. hahaha.. thumbs up!

    Reply

  10. arrizz says:

    aku still working kt bnde2 yg ko mention ne..so far aku bpuas hati laa ngan komen kt blog aku wlaupon tak byk,hehe..

    Reply

  11. mcm mana mahu berfikiran macam tuan hamba? beta xreti :)

    Reply

  12. NoorAfzan says:

    lagi satu biarlah comment box tu mesra pengguna..
    kalau kena ada verification words and restricted commenter..memang tak dpatlah jana komen yang byk kan?
    tul x?

    Reply

    nazrien Reply:

    ya tepat sekali.. memang tidak disangkal lagi.. hohoho

    Reply

  13. kertaz says:

    topo bagi info yg cun woo.. >.<!

    Reply

    nazrien Reply:

    ini info kacak.. bukan cun.. hohoho

    Reply

  14. ery says:

    bagus jugak idea ni…

    Reply

  15. nurul says:

    tenkiu…bguna tk sy nie

    Reply

  16. apiih says:

    tips yang menarik..akn diikuti selepas ini…huhuhu…bgaimana pula nk mendapatkan followers blog yg ramai plak??hehehe

    p/s: tips supaya ade sesiapa yg nk reply komen ini…wahahaha

    Reply

  17. Yusoff says:

    Eh betul la, tengok dah komen pun…

    Reply

  18. shahrinabd says:

    time kasih atas infonya..

    akn sy cuba mengikut segala undang-undang tersebut

    Reply

  19. ahm2480 says:

    bagus2.. tip yg sgt berguna kepada kita semua.. syabas

    Reply

  20. kuyam says:

    wuhuuu…nice2..thxs 4 da tips :)

    Reply

  21. nursarah says:

    macam info sehat berblog plak..hehe

    Reply

  22. Akuro San says:

    itu dia~ tips-tips yang kacak~
    tips yang no 1 & 2 tu, macam susah sikit nak buat. sebab biasa kita taip entri secara spontan, jadi fakta tu bersepah. kejap atas, kejap bawah, kejap kat tengah~ huhu~
    tapi kalau buat pertanyaan diakhir entri tu, biasa juga buat~ :)

    Reply

  23. iesha says:

    good tips. thanks. :)

    Reply

  24. Fazreen says:

    never measure blog success with comment no..

    Reply

  25. mieya says:

    Ohh i really² need this tips. Thank youuuu =)

    Reply

  26. zuls says:

    menulis merupakan salah satu kelemahan saya, masalah utama ialah saya tidak pandai menyusun kata-kata. Tip 1 dan tip 2 sangat sesuai untuk saya.

    Reply

  27. Nazz says:

    Hoho.. good tips..
    aku suka…trimas

    Reply

  28. Luth Textile says:

    blog baru?
    wahh aku ketinggalan zaman!

    Reply

  29. yanmie says:

    salam,

    saya jenis kalau saya baca blog tu, saya akan komen, kalau tak komen tu maka xde gi blog tersebut…nggeee~~

    yang buat lemah nk komen bila sistem komen setting word verification…adeh..dh lah blog lmbt loading, nk verification tu pun tunggu pnya lama..last2 tinggal mcm tu je..huhuhu

    Reply

  30. KNizam says:

    aku biasanya main belasah adjer. hehe :)

    Reply

  31. amirulfaiz says:

    Amat bernas sekali tip-tip di atas. Komen / respon membuatkan kita berasa ada hubungan silaturahim antara penulis dan pembaca. Chewah. :D

    Teruskan usaha murni anda En. Nazrien.

    Reply

  32. shandye says:

    kat mana lokasi butan ‘komen’ tu juga penting rasanya. pembaca lebih selesa tinggalkan komen kalau butang ‘komen’ tu ada kat hujung entri. tak payah nk skrol atas balik utk komen. kan?

    lagi satu, rasanya format macam mana ‘comment form’ sesuatu blog itu juga penting. bg saya… sejak bertukar guna Disqus, regular visitors sy puji, cakap jauh lebih convenient utk tinggalkan komen berbanding regular form yg blogspot sediakan.

    apa2pun… artikel yg sangat berguna utk pemblog semua. thanks.

    Reply

  33. aizuddin says:

    yg reply tu aku suka..boleh rapatkan silaturrahim..bes2

    Reply

  34. farysa says:

    ohh..thx ntk tips ni

    Reply

  35. kisahsensasi says:

    Bagus laa….tips yang boleh merangsang komentar yang bernas….

    Reply

  36. denaihati says:

    Bab2 gini ni yang aku lemah tu yang kurang je yg nak komen kat blog aku…

    Reply

  37. Mus says:

    memang amat berguna tips ni..

    Reply

  38. Dak Wan says:

    Bernas gak idea nie. Insyaallah teman praktik kan.

    Reply

  39. mesticun says:

    selalu juga komen-komen Kak cun
    balas dengar jujur.hehee………

    Reply

  40. Mr. Cuz says:

    menarik bro..tapi sebenarnya dia ikut pembaca tu bro..kalau dia minat nak baca tapi xtau nak komen xde komen gak..hehe tp kalau ikut tips ko ni meningkatkan lagi la percentage orang nak bagi komen tu..hehe yang berbalas komen tu menambahkan lagi hubungan intim sesama blogger..betul x bro..hehehe

    Reply

  41. qimie says:

    oooo.. info yang bagus ni

    Reply

  42. heatzik says:

    oh..macam tuh ker…baru tau..
    nyway…sangat menarik!

    Reply

  43. [...] lebih baik berbanding ratusan komen yang sekadar suka-suka sahaja. Atau anda juga boleh membaca post ini untk mendapatkan tips meningkatkan [...]

Leave a Reply