Menulis komen di post atau blog lain mampu untuk menjana trafik ke blog kita. Dengan menulis komen juga mampu menunjukkan kreadibiliti kita sebagai seorang penulis dan juga dapat membuatkan kita disegani kerana mampu untuk memberi respon yang baik dan buah fikiran yang berguna. Tetapi berhati-hati, dengan menulis komen juga perkara sebaliknya akan berlaku dan mungkin akan menyebabkan kita dibenci di alam maya ini. Berikut adalah beberapa kesilapan yang perlu dielakkan semasa menulis komen.

1) Meletakkan URL di ruangan komen. Diulang sekali lagi, meletakkan URL di ruangan komen bukan di bahagian URL. Mungkin pada pendapat anda ia mampu menarik minat untuk orang lain agar klik ke link tersebut. Malangnya, tanggapan anda silap. Dengan meletakkan URL di bahagian komen, secara automatiknya komen tersebut akan ditapis oleh Askimet dan dianggap sebagai SPAM (untuk pengguna wordpress dengan hosting sendiri). Selain itu, tindakan ini juga akan menyebabkan penulis blog berkenaan berasa kurang senang terhadap komen berkenaan dan mungkin akan memadamnya. Sila abaikan point ini sekiranya URL berkenaan bertujuan untuk memantapkan lagi post yang ditulis oleh penulis blog berkenaan.

2) Mengabaikan post yang ditulis dan memberi komen sesuka hati anda. Penulis blog bersusah payah membuat kajian tentang sesuatu tajuk dan menulis post dengan sangat menarik. Anda pula bukan sahaja tidak membaca post berkenaan malahan memberi komen yang tiada kaitan langsung dengan post berkenaan. Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, tidakkah anda berasa sedikit kecewa?

3) Memberi komen di post yang salah. Kesilapan ini mungkin biasa berlaku kerana pembaca membuka beberapa post pada masa yang sama dan mengakibatkan komen ditulis pada post yang lain. Walaupun ianya kesilapan yang biasa, tetapi lebih baik jika ia tidak berlaku. Untuk mengelakkannya, sila periksa semula komen yang ditulis.

4) Tidak memeriksa semula komen yang ditulis. Sekiranya kita tidak memeriksa semula komen yang ditulis, mungkin kita akan melakukan kesilapan yang sama seperti point di atas. Selain itu, kesilapan komen juga mungkin akan memberikan maksud yang lain kepada penulis itu.

5) Menyokong atau membantah sesuatu post padahal anda tidak bermaksud begitu. Anda menulis ” post yang bagus ” tetapi anda tidak bersetuju langsung dengan post berkenaan. Bukankah lebih baik sekiranya anda menyatakan pendapat anda secara jujur atau tidak perlu komen langsung mungkin cara yang lebih baik.

Cukuplah sampai di sini sahaja post kali ini. Sila langgani RSS nazrien.com untuk mendapatkan lebih banyak post berkenaan dengan blogging pada masa yang akan datang.

No related content found.