Facebook merupakan laman web sosial yang tidak asing lagi di Malaysia. Terdapat berjuta-juta pengguna internet di Malaysia yang mempunyai akaun facebook. Agak mustahil jika seseorang itu tidak mempunyai akaun facebook dan pastinya terdapat beratus-ratus kawan yang terdapat di facebook anda. Terdapat beberapa cara untuk memanfaatkan pengguna facebook yang berjuta-juta itu dan memberi trafik ke blog anda.

Salah satu cara adalah dengan menggunakan aplikasi di facebook itu sendiri iaitu NetworkedBlogs. Dengan mendaftar di aplikasi ini, ia akan memaparkan secara automatik post-post terbaru di wall facebook anda. Dengan itu, post terbaru anda akan menjadi tatapan umum di facebook dan dapat menarik beberapa trafik ke blog anda. Semakin ramai teman-teman anda di facebook, semakin banyak la peluang untuk menarik trafik.

Dapatkan Trafik dengan NetworkedBlogs
Dapatkan Trafik dengan NetworkedBlogs

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan widget followers untuk dipaparkan di sidebar blog anda. Selain daripada sebagai penarik untuk mendapatkan lebih ramai followers, ia juga bertindak untuk memaparkan betapa popularnya blog anda. Pasti lebih ramai yang akan terpegun jika blog anda mempunyai followers yang ramai.

Sila follow nazrien.com di NetworkedBlogs
widget followers

Aplikasi ini juga membolehkan anda memaparkan post-post pada bila masa yang anda suka dengan update di status facebook anda. Tetapi sila gunakan dengan bijak, kerana anda tidak mahu rakan-rakan anda berasa menyampah bila terlalu banyak update berkenaan blog anda di facebook. Sekali gus memalapkan lagi harapan untuk menarik trafik dari facebook.

NetworkedBlogs di facebook
NetworkedBlogs di facebook

Cukup la setakat ini sahaja post untuk kali ini. Sila follow nazrien.com di networkedblogs jika tidak keberatan, atau mungkin anda lebih berminat untuk langgan RSS di email untuk mendapatkan tips-tips blogging terbaru.