Apa Itu RSS dan Kenapa Perlu Langgan?

Sering kali dilihat di mana-mana blog agar melanggan RSS blog berkenaan atau Subscribe RSS. Tapi apa itu RSS? RSS adalah singkatan kepada “Really Simple Syndication” yang biasanya digunakan untuk menerbitkan web yang sering dikemaskini contohnya seperti blog. Dengan melanggan RSS sesebuah blog atau laman web, kita dapat mengetahui sekiranya blog berkenaan mempunyai post baru dan sebagainya. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sila tonton video ini:


Dengan melanggan suapan RSS (RSS feed) sesebuah blog, kerja akan menjadi mudah. Anda boleh mengetahui seberapa banyak blog yang baru dikemas kini secara terus. Terdapat beberapa cara untuk melanggan RSS contohnya melalui email dan sekiranya blog berkenaan mempunyai post terbaru, email akan dihantar secara automatik kepada anda sebagai makluman.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Feed Reader seperti Google Reader di mana anda boleh mengumpulkan seberapa banyak feed sekali di satu tempat. Fungsi ini juga seakan sama seperti fungsi follow blog yang terbina di blogger.com

Jadi apa tunggu lagi? Sila langgani RSS nazrien.com untuk mendapat post-post terkini yang segar dari ladang atau klik sini jika mahu ia dihantar terus ke email anda.

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

22 Comments

  1. hydir says:

    ya .. aku guna google reader utk baca2 tajuk entry
    hehe ..senang nak follow entry terbaru ..

    btw .. ko xnk join kempen Blogger We Care ke? ribbon ni boleh mengacakkan lagi blog ko ni .. hohohoho

    Reply

    nazrien Reply:

    sori bro aku belum baca lagi pasal blogger we care tu.. ok nanti aku letak kat topotato.com biar mantap sikit

    Reply

  2. izzat says:

    Guna Google Reader ok jugak..aku guna yang tu berbanding kalau guna offline software. Google Reader ni duduk mana2 boleh akses RSS feed dari blog2 yang kita langgan. :)

    Reply

  3. JMR says:

    owh..baru aku tahu..tQ for info..t aku follow…:-0

    Reply

  4. blowie says:

    mungkin soalan ni nampak bodoh bg ko,tapi aku mmg taktau.
    ape kelebihan feedburner daripada feed yang terbina dari wordpress?

    Reply

    nazrien Reply:

    mana ada soalan bodoh kat dunia ni kalau kau betul-betul tak tau…
    aku lebih gemarkan feedburner sebab ko boleh tahu berapa ramai yang subscribe feed blog tu dan ada fungsi hantar pada email.
    satu lagi nanti boleh paparkan counter feedburner dan tu pon salah satu cara nak naikkan subscriber jugak.

    Reply

    blowie Reply:

    tq bro.
    baru subcribe blog ni thru google reader.
    adakah rss ni sama fungsi dengan google friend connect?

    sbb slalu sgt aku tengok blog2 letak google friend connect tu.

    Reply

    nazrien Reply:

    pergh.. google la sendiri.. itu pon nak tanya ke..
    hahaha aku nasihatkan ko tengok sendiri penerangan pasal google friend connect kat sini http://www.google.com/friendconnect/home/overview supaya lebih faham.. hohoho

  5. google reader terbest.. senang naktau sape yang update blog, takyah susah2 cek dari satu ke satu blog.. memang terbaik!

    Reply

  6. Amirez says:

    eh..topo..erk..nazrien..sejak bila beli domain ni hehe.
    nampak sgt aku x follow. ok ok ketuk kepala aku sikit haha.

    aku guna google reader, sbb aku sayang pakcik google haha

    Reply

    nazrien Reply:

    hahaha baru je.. takpe.. aku tau ko sibuk nak kawen.. hehhee
    google reader terbaik..

    Reply

  7. Orang kata kalau guna Google Reader senang. Letak saja RSS semua blog yang kita minat di situ. Belum ada lagi google reader. Nak register juga nanti.

    Reply

  8. Khairil says:

    guna google reader aku dah paham dah
    tp boleh x ko ajar mcm mn nak setting(utk blog sendiri) guna feedburner…aku noob skit, try byk kali x boleh2 lg sampai skrng ni

    Reply

  9. spatt says:

    aku xpernah pakai GReader, mungkin sebab aku xpenah ske ngan web based apps..haha
    aku pakai FeedDemon je baca feed blog..terbaik beb..
    http://www.feeddemon.com/

    Reply

    Anarm Reply:

    aku pn pkai feedemon gak.. x berape suke web based.. feeddemon kalo ade update die bunyi teeettt.. haha.. feeddemon skrg integrated dgn google reader.. memang terbaik!!

    Reply

  10. Life says:

    erm betul tuh.. baru hari nie tau maksud RSS tuh hari nie… “Really Simple Syndication” hehe… apepun thank’s bagi info nie..

    Reply

  11. Taufik SM says:

    huhu…. pakai feed kt wp je…. :)

    Reply

  12. hadjie says:

    Boleh ajar tak atau buatkan satu entry yang detail bagaimana hendak buat signature untuk forum dengan menggunakan feed burner. Saya sudah cuba, tapi tang tukar html ke kod bbcode tu gagallah. Tak tahu mana yang perlu ditukarkan pada kod panjang yang diberi tu.

    Reply

    nazrien Reply:

    sila rujuk post terbaru khas untuk anda

    Reply

  13. zulkiflimn says:

    sama je mcm google friend connect yang dah sedia ada kat blogspot tu kan..

    Reply

  14. cikgu faezah says:

    emm..tahu dah apa itu rss. :)

    Reply

  15. aciber says:

    sepatah haram wa memang x phm dulu rss tu menda, feedburner, bla bla..anyway thanks 4 info. new born blogger as well

    Reply

Leave a Reply