5+1 Sebab Kenapa Blog Anda Teruk

Pasti mengecewakan jika setiap kali anda memeriksa trafik diblog anda dan hasilnya sangat tidak memberansangkan. Hal ini akan menyebabkan ramai blogger terutamanya newbie akan berasa down dan akhirnya berhenti untuk menulis. Berikut adalah beberapa sebab mengapa blog anda teruk dan tidak ramai pelawat. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?

1) Post anda sukar untuk difahami. Sukar difahami bukan bermaksud anda menulis dengan bahasa asing yang memang tidak difahami. Terdapat banyak lagi punya yang menyebabkan post anda sukar untuk difahami. Contohnya menggunakan singkatan perkataan yang terlampau. Tak perlulah tulis dengan skema tapi sekurang-kurangnya biarlah mudah untuk difahami. Selain itu, elakkan daripada menggunakan tulisan berwarna-warni yang terlampau dan elakkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak konsisten c0Nt0hnYa S3PerTi iNi..

2) Post anda bersifat syok sendiri. Tak dinafikan, blog anda suka hati la nak tulis apa dalam blog itu. Jika itu la persepsi anda terhadap blog, lebih baik jika anda privatekan sahaja blog anda dan tidak perlu risau lagi kenapa terlalu sedikit orang yang melawat. Sebaliknya jika anda mahukan orang ramai membaca blog anda, pastikan anda menulis apa yang mereka mahu. Teruskan membaca nazrien.com di masa akan datang untuk mendapatkan tips bagaimana untuk mengkaji apa yang pelawat inginkan.

3) Blog anda menyakitkan mata dan telinga. Contoh blog yang menyakitkan mata ialah blog yang mempunyai terlalu banyak image blink-blink yang menjengkelkan sampai tak kelihatan langsung post-post yang anda tulis. Tidak cukup dengan itu, blog anda juga mempunyai lagu yang dimainkan secara automatik dan menyakitkan telinga. Tak salah jika mahu berkongsi lagu kegemaran, tapi lebih baik lagu tersebut tidak dimainkan secara automatik dan mengejutkan pengunjung.

4) Kali terakhir anda menulis post baru adalah bulan lepas. Jangan diharapkan trafik yang menggunung jika anda sendiri malas untuk menulis post di blog tersebut. Agak mustahil pelawat akan datang berulang kali semata-mata mahu membaca post yang sama berulang kali. Elakkan juga menulis post setiap jam kerana kesannya sama sahaja.

5) Blog anda kelihatan sama seperti blog lain.

a) dari segi content. Blog anda mempunyai post yang seakan sama dengan hampir 50ribu blog lain yang terdapat di Malaysia. Tak dinafikan, isu semasa yang sedang panas akan menaikkan lagi trafik ke blog anda. Tetapi lebih baik sekiranya isu tersebut diulas oleh anda dengan cara yang lebih unik dan tersendiri. Ini akan membuatkan pelawat tidak berasa bosan dengan post anda dan dapat merasakan kelainan berbanding 50 ribu blog lain di Malaysia.

b) dari segi design. WordPress dan Blogger mempunyai terlalu banyak tema yang cantik untuk dipilih tetapi sering kali ternampak beberapa blogger yang mempunyai design blog yang sama. Tak salah jika design blog anda sama seperti blogger lain, tapi lebih baik jika anda mengubah sedikit design tersebut agar blog anda kelihatan unik. Peringatan: mengubah sedikit design blog tidak membuatkan anda mempunyai hak untuk membuang kredit pencipta asal tema tersebut.

Cukup la sampai di sini sahaja tips perkara yang perlu dielakkan bagi sesebuah blog. Sila langgani suapan RSS nazrien.com untuk mendapat lebih banyak tips lagi berkaitan blog pada masa yang akan datang.

Comment (RSS)  |  Trackback

50 Comments

  1. beliamuda says:

    baik punya tip. tak kiralah newbie ke, lama ke. dengan ini, hohoho~ :P

    Reply

    beliamuda Reply:

    sambungan sikit. point no 3 tu paling penting kot untuk first impression. contoh paling mudah, tengok blog ni. putih bersih je kan. sedap je mata nak tengok. kalau blink2 sgt, pedih mata oi..

    Reply

  2. Akuro San says:

    ermm~ yang no.4 tu, saya mcm kurang faham. apa yang dimaksudkan dengan,
    “Elakkan juga menulis post setiap jam kerana kesannya sama sahaja.”
    maknanya, tak boleh update blog banyak kali dalam sehari ker? bukan ker itu salah satu yang digalakkan utk tingkatkan trafik?

    Reply

    nazrien Reply:

    mungkin akan menyebabkan post yang menarik tersisih dan dipenuhi dengan post tangkap muat je.. nanti aku buat 1 post kenapa tak elok update dengan terlalu kerap..

    Reply

    Anarm Reply:

    aku sokong pernyataan ni.. kene ade jarak masa utk setiap update.. kan? kan? tp dh semestinye bukan mcm blog aku yg jarak updatenya berminggu minggu.. hahahaa..

    Reply

  3. TMUkmkd says:

    Post anda sukar untuk difahami.

    patut la! XD

    Reply

    nazrien Reply:

    post ni senang nak faham tak? aku macam nak tukar gaya penulisan biasa la.. hohoho

    Reply

    TMUkmkd Reply:

    ok je.. sebab isu tak detail mana. kalau pilem tuh orang kata U
    p/s: comment box macam lagged.. ke aku je?

    Reply

  4. mohdisa says:

    tips yang indah lagi menarik, aku suka semua point. tp paling best bab blink2, warna-warni banyak membuatkan mata aku sakit. terus terklik butang pangkah. sorry.

    Reply

  5. hydir says:

    yah .. mantap gaya penulisan kini tanpa perkataan hohoho itu lagi ..

    thanks for the tip

    kalo seminggu 2 kali update jer ok tak?

    Reply

    nazrien Reply:

    susah nak buang hohoho tu, menggigil tangan..
    ikut kesesuaian jugak… kalau hydir.com tu mungkin takpe… tapi kalau kbsoccernet tu mmg kena update selalu kalau tak info lapuk

    Reply

    naz Reply:

    hohoho

    Reply

    Mr.Bintang Reply:

    hohoho

    Reply

    mohdisa Reply:

    hoho :P

    Reply

    Anarm Reply:

    hohohoho jugak.. hahaha

  6. Sweet Thiner says:

    cehhh. kutuk belog gua plak dah dlm artikel nie!

    Reply

  7. Kujie says:

    tu dia…. ilmu mencurah2 turun

    Reply

    megat Reply:

    teguran membina dan terbina tu kak. alhamdulillah ilmu asas ini dapat dicurahkan dengan baik.

    nak berjaya dalam blog kena ada ilmu asas ini.

    Reply

  8. aman says:

    6. Tidak Membuka Fungsi Komen Kepada Umum

    Selalunya berlaku dekat blog yang dihoskan di blogspot.

    Reply

    nazrien Reply:

    ya! point yang menarik ni sokong-sokong!

    Reply

    megat Reply:

    tepat! aku sokong!

    Reply

  9. x-po says:

    satu lg nk tmbh..jgn jd bodo sombong…bila org komen skit je, trus delete komen tu..ingt dia otai, so xleh nk trima kutukan org..hoho

    Reply

    TMUkmkd Reply:

    hoh tu paling tak best! penat jek orang tu tuleh.

    tapi kalau spambot yang komen kene gak r delete :p

    Reply

    ariff Reply:

    ada ke orang delete komen??

    Reply

    nazrien Reply:

    ada.. aku pon selalu jugak delete komen yang tiada kaitan..

    Reply

    x-po Reply:

    yg spam atau tiada kaitan tu xpala nk delete kan,
    ni tak, komen2 yg bersifat menegur pun delete..dlu ada sorg otai ni, tulis pasal catcheye, tp dia silap
    tulis info, so aku tegur la kesilapan dia tu..
    check2 balik, dia ubah info tu tp dia delete komen
    aku..siot tul..haha

  10. Adam says:

    tambah lagi…

    menulis blog tanpa ade arah tuju. tak tahu apa nak capai. last-last fed up benti menulis.

    ingat satu perkara jika tak boleh beri commitment sehingga 2 tahun jangan jadi blogger. jadi reader. hehehe

    Reply

  11. Azah says:

    alamak..
    terasa la..
    teruk rupanya blog aku..
    hoho…

    Reply

    Extremist Thinker Reply:

    ceh… tiru ayat sweet thinker nmpk :p

    Reply

    Mr.Bintang Reply:

    pelanduk 8 serupa ni.. ET n ST.. hahaha..

    Reply

  12. sickchild72 says:

    4) Kali terakhir anda menulis post baru adalah bulan lepas. Jangan diharapkan trafik yang menggunung jika anda sendiri malas untuk menulis post di blog tersebut. Agak mustahil pelawat akan datang berulang kali semata-mata mahu membaca post yang sama berulang kali. Elakkan juga menulis post setiap jam kerana kesannya sama sahaja.

    haha ni aku terasa. wakakak

    Reply

  13. blowie says:

    aku tak reti bab edit2 theme ni :D

    Reply

    nazrien Reply:

    perlu ke aku buat post untuk bagaimana nak edit theme?

    Reply

    Mus Reply:

    perlu rasanya!

    Reply

  14. Mr.Bintang says:

    aku terasa cam nak tambah.. tp lupe daa apa dia.. x pe lah.. nnt kalau ingt balik aku tambah.. hehehehe.. :P

    Reply

  15. sharinginfoz says:

    thanks for sharing…. click ur milo…

    Reply

  16. [...] 5) Anda akan terseksa untuk memeriksa post anda. Selepas menulis post-post terbaru pasti ramai blogger yang akan memeriksa kembali post tersebut untuk mengelakkan terdapat kesalahan. Jika anda ada 10 post sehari, pasti untuk memeriksa post-post berkenaan memerlukan masa yang panjang dan membosankan serta menyiksa diri sendiri. Hingga akhirnya anda malas untuk memeriksa dan blog anda semakin menjurus kepada blog yang teruk. [...]

  17. syin says:

    betul-betul…………

    Reply

  18. lazaac says:

    adakah blog aku termasuk sama dalam kumpulan blog yg teruk…? aku terasa owh… adess..

    Reply

  19. Eldy says:

    Point yang ke # 2 pernah gua suarakan di blog, tapi ramai yg x ingin mengaku T.T).. Good luck to them xD

    Reply

  20. lazaac says:

    biasa la tu… manusia ni banyak ragam, banyak karenah… kepala otak pun lain2… kadang2 wat post dah xingat dosa pahala… lol…

    Reply

  21. Anarm says:

    c0Nt0hnYa S3PerTi iNi <<– gaya camni bagus utk password.. secure skit.. hehe..

    Reply

  22. yati says:

    assalamualaikum, pembaca baru datang menyapa. Cewahh.

    Saya setuju pada kesemua sebab di atas. Paling tak suka masuk blog yang terlampau banyak aksesori, terasa rimas. T_T terima kasih untuk info yang berguna ni.

    Reply

    nazrien Reply:

    terima kasih datang menyapa, blog ni pon baru jugak..
    jemput la langgani RSS blog ni untuk lebih banyak info pada masa depan..

    Reply

  23. KertaZ says:

    Aku pun rajin menaip pkai shortform.. Tp xder lah kaw2 pnya short kang aku sndiri haram x paham.. Miahahaha.. Btw nife info tho.. =)

    Reply

  24. fitrijohari says:

    haa…barulah blogger baru cam saye ni tahu skil2 nye..hehe..tq2

    Reply

  25. millo says:

    aku lak kalo ade lagu..trus je pangkah ahaha

    Reply

  26. yies says:

    MOHON BANTUAN….. PADA BLOG SAYA, DIPAPAR POST TERKINI TETAPI PADA BLOG LIST KAWAN-KAWAN SAYA TIDAK KELIHATAN POST TERAKHIR… KENAPA JADI BEGINI…. TOLONG !!!!!!!!!!!

    Reply

Leave a Reply