Perkara Asas yang Perlu Dilakukan Selepas Pemasangan WordPress
Semakin ramai yang memiliki domain sendiri sekarang ini dan wordpress masih lagi menjadi pilihan utama sebagai engine untuk blog kerana fungsinya yang menarik. Tapi pasti ramai yang terkial-kial apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja wordpress baru dipasang. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memantapkan lagi blog wordpress anda.
1) Kemaskini profil anda. Jika wordpress dipasang secara manual, password yang diberikan adalah secara rawak dan susah untuk diingati oleh itu sila kemaskini password yang diberikan itu dan mungkin anda boleh memilih nickname yang sesuai untuk anda dan bukannya nama admin. Caranya pergi ke dashboard wordpress : domainanda.com/wp-admin dan pergi ke User>Your Profile dan kemudian save.
2) Tukarkan Tagline blog. Pada awalnya, tagline “Just Another WordPress Blog” akan digunakan untuk blog wordpress yang baru. Anda boleh menukar tagline ini dengan pergi ke Setting>General. Tagline yang baik memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca, sila fikirkan tagline yang sekreatif mungkin.
3) Tukarkan Permalink blog. Secara default, wordpress akan memaparkan link sperti ini http://domainanda.com/?p101 permalink seperti ini agak merugikan sebenarnya terutamanya dari segi *SEO. Untuk mengubah permalink tersebut, pergi ke Setting>Permalinks. Terdapat beberapa pilihan permalink yang baik disitu seperti Day and Name atau Month and Name. Selainnya adalah kurang bagus. Tetapi ramai pakar SEO yang menasihatkan agar custom permalink seperti ini digunakan yang kononnya lebih mesra google:
/%category%/%postname%/
4) Aktifkan plugin Askimet. Askimet merupakan plugin yang sedia ada dalam instalasi WordPress. Plugin ini digunakan untuk membanteras Spam yang semakin berleluasa di blog-blog Worpress. Untuk mengaktifkan Askimet, pergi ke Plugins dan tekan activate di askimet. Untuk mengaktifkan askimet, anda memerluka API dari wordpress.com. Cara untuk mendapatkannya mudah sahaja, buka satu akaun wordpress.com dan cari API key di bahagian profile.
5) Daftarkan domain baru di Google. Untuk memastikan blog anda dapat disenaraikan di carian Google, sila daftarkan domain baru anda di google. Lebih banyak lagi tips berkaitan dengan google dan SEO pada post yang akan datang.
6) Pasangkan blog analytics. Blog analytics bertujuan untuk mengenal pasti jumlah pelawat yang datang ke blog anda dan sebagainya. Terdapat analytics percuma yang bagus seperti Google Analytics atau anda boleh menggunakan sahaja analytics yang terdapat di nuffnang. Selain itu, terdapat banyak plugin wordpress yang dapat membantu untuk menganalisa trafik yang datang ke blog. Nantikan post yang seterusnya untuk mengetahui tentang plugin dan cara untuk memasangnya.
Ini merupakan post pengenalan untuk nazrien.com. Sila langgani suapan RSS kami untuk mempelajari lebih banyak lagi berkaitan blog wordpress dan SEO.



salam bro, aku ada masalah tentang google analytics. aku dah register, masalahnya aku tak tahu nak letak code dia kat mana. contoh dalam theme ni, taruk kat bahagian mana? or kita boleh taruk di widget sahaja ke?
Reply
January 1st, 2010 at 4:16 am
code dia tu maksudnya yang <meta… tu ke? kalau yang tu biasanya orang masukkan dalam header.php dalam tag <header> contoh: <header> <meta… </header>
Reply
January 3rd, 2010 at 11:28 am
Untuk Google Analytics code tu, preferable diletakkan sebelum . Jika kita letak di dalam , script tersebut akan diproses terlebih dahulu dan ini akan melambatkan loading page website kita.
Reply
January 3rd, 2010 at 11:39 am
aku baru pasang plugin code dalam komen la..
preferable letak code analytics sebelum ape ye?
ke?
Reply
January 3rd, 2010 at 11:49 am
maksudnya letakkan code sebelum ke? ataupun letak je kat atas sekali?
Reply
January 3rd, 2010 at 4:15 pm
Patut la… Tak keluar kalau guna code HTML. Lebih elok letak code2 analytics sebelum </body>
Reply
oic, ok2. thanks bro. aku pakai theme mcm ko ni kat new projek aku. cam friendly jerk. hehe
Reply
January 2nd, 2010 at 10:42 am
er.. nak tau gak projek baru ko.. pe dia weh?
Reply
January 3rd, 2010 at 12:46 am
rasanya ko dah tahu bukan. hehe
Reply
instalasi. wtf :p haha… nie mat isham marah nie.
Reply
instalasi? pemasangan ar topo weh. hehe~
Reply
January 9th, 2010 at 4:36 pm
bia ar die nak gune mane2 pun..
Reply
ok sudah ditukar.. +D
Reply
[off-topik] topo, activate function reply ar beb. baru best. huhu~
Reply
January 1st, 2010 at 10:30 pm
hohoho plugin nya terlupa diaktifkan pak..
Reply
teruja menantikan tips dari mr.topo.. aku pun baru jugak ni….
Reply
hehe. biasalah tu. biasa aku watlepas install wordpress, aku wat 1 artikel dulu. baru aku setting function yg lain. haha..
Reply
pakai plugin utk google analytics pun bleh gak kan…
senang keje skit, xde ler tiap2 kali tukar theme nk kena set semula, tu pun kalau ingat…
http://xavisys.com/wordpress-google-analytics-plugin/
Reply
January 9th, 2010 at 4:41 pm
hohoho tepat sekali.. haha aku pon terlupa nak install plugin ni.. terima kasih.
Reply
dah lama gak blog aku idup..
tapi tak daftar lagi kat google rupenya..huhu
Reply
Dat buat semua 8 perkara tersebut, wbp terima kasih atas info, perkara 3 tu memang sgt membantu SEO saya
Reply
camne nk daftar kat google ye?
Reply